TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 64)
Australia (I)
Melbourne, Australia menjadi destinasi aktif saya sejak awal 2000 sehinggalah 2008. Hampir setiap 3 bulan saya berada di sana. Saya menjadi penasihat Syariah kepada MCCA.
Pesawat kegemaran saya ialah MAS. Belum ada lagi Air Asia ataupun Emirates Airlines ke Australia. Kebetulan, MAS menyediakan pesawat baru & moden ke Australia berbanding destinasi2 lain.
Pemeriksaan kastam & sempadan di Australia amat ketat. Makanan basah tidak dibenarkan masuk. Lumpur di batang golf pun tak boleh. Mereka juga gunakan anjing terlatih bagi mengesan. Mula2 rasa takut & cuak melihat anjing menghampiri bag pakaian. Kena latih otak bagi memikir perkara lain waktu ketakutan. Ini saja cara melawan ketakutan. Bawa perkara lain dalam minda yang lebih menghiburkan. Antaranya fenemona anjing terlatih yang disebut dalam al-Quran.
"Biarkan saja.Ini kerja seekor anjjng terlatih".
Saya aktif bergaul dengan masyarakat Islam minoriti di Australia. Saya banyak menyampaikan ceramah & kuliah kewangan Islam di bandar Sydney & Melbourne. Memang sukar bercakap dengan masyarakat Islam minoriti kerana ada satu stigma pemikiran yang unik. Sebahagian mereka lebih percaya hanya kepada ulamak & sarjana dari negara asal mereka.
Antara perkara yang saya tidak pernah buat di tempat lain tetapi hanya di Australia ialah menziarahi beberapa masjid penting di Sydney & Melbourne bagi tujuan pencerahan kewangan Islam moden. Saya juga menziarahi rumah imam2 & tokoh2 masyarakat penting di dua bandar ini. Jadual padat dari pagi sehingga 1 pagi.
Badan amat letih. Namun, cuaca & suasana kehidupan di sini amat segar & tenang. Mungkin kehidupan di Australia paling tenang di dunia. Semua orang di sini cool saja. Kerja pun tak terkejar2. Ofis & premis perniagaan ditutup awal. Kebanyakan masa orang berada di rumah masing2. Rumah menjadi fokus kehidupan masyarakat Australia. Rumah pula tidak besar tapi cukup berfungsi. Hebat ilmu senibinanya.
Saya suka sarapan pagi di luar hotel di kawasan2 unik seperti sebelah jambatan atau tasik atau park. Kadang2 bersarapan pagi berjam2 sambil bersosialisasi. Indah sangat meghirup latee bersama sandwich avakado & telur goreng.
MDB